Semua suspek termasuk seorang wanita warga Thailand yang dipercayai terkait “Geng Pak Su” ditahan pada 25 hingga 28 Februari lalu di sekitar Kubang Pasu.
Dua lelaki berusia 51 dan 58 tahun ditahan susulan kes tembakan ke arah kenderaan Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, menjadikan jumlah suspek ditahan kini sembilan orang.
Proses soal siasat terhadap suspek kini sedang dijalankan.
Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata pihaknya menyiasat daripada semua aspek.
Kejadian dipercayai berpunca perasaan tidak puas hati dengan kejayaan operasi AKPS.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.